Pertempuran ini telah diturunkan dalam sejarah Islam sebagai kemenangan muktamad disebabkan campur tangan Ketuhanan atau kepintaran Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun ia salah satu daripada sedikit pertempuran yang disebut khusus dalam kitab suci Islam al Qur'an , hampir kesemua pengetahuan semasa mengenai perang di Badar berasal daripada keterangan tradisional Islam , kedua dua hadis dan sirah Nabi Muhammad s.a.w. , ditulis berdekad selepas pertempuran tersebut .
Sebelum pertempuran tersebut , telah berlaku beberapa pertempuran kecil antara pihak Muslim dan Makkah pada lewat tahun 623 M dan awal tahun 624 , oleh sebab ghazawat Muslim menjadi lebih kerap . Walau bagaimanapun Badar merupakan pertempuran skala besar pertama antara dua pihak ini .
Selepas pertahanan , mara ke kedudukan sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang berdisiplin kuat berjaya memecahkan barisan puak Makkah dan membunuh beberapa ketua Quraisy termasuk satu daripada musuh utama Nabi Muhammad , Amru bin Hisham ( Abu Jahal ) . Untuk Muslim awal , pertempuran ini amat penting kerana ia merupakan tanda pertama yang menggambarkan kemungkinan akhirnya mereka dapat mengalahkan musuh mereka di Makkah .
Makkah pada masa itu merupakan salah satu daripada kota Jahiliyah yang paling kaya dan paling berkuasa di Semenanjung Arab , yang menghantar sepasukan tentera tiga kali lebih besar dari pihak Muslim . Kemenangan Muslim juga memberi isyarat kepada suku lain bahawa kuasa baru telah bangkit di dan juga Semenanjung Arab menguatkan kuasa Nabi Muhammad s.a.w sebagai ketua masyarakat Madinah yang sering bertelagah sebelumnya .
Suku Arab tempatan mula memeluk Islam dan berpakat dengan Muslim dari Madinah dan dengan demikianlah perkembangan Islam bermula .
Latar Belakang
Pada masa pertempuran , Semenanjung Arab telah bersedikit didiami oleh sebilangan dari orang berpenutur Arab . Sesetengahnya adalah Badwi nomad kedesaan yang disusun dalam suku , sesetengahnya adalah petani yang tinggal sama ada di oasis di utara atau di kawasan yang lebih subur dan yang tebal diduduki ke selatan ( kini Yaman dan Oman ) .
Majoriti dari Arab merupakan penganut dari berbilangan ramai agama politeistik . Terdapat juga suku yang mengikut agama Yahudi , Kristian ( termasuk Nestorianisme ) , dan Zoroastrianisme . Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Makkah sekitar 570 M kepada Banū Hashim dari suku Quraisy . Apabila baginda berumur sekitar empat puluh tahun , baginda telah menerima wahyu Ketuhanan semasa baginda bertakafur dalam gua di luar Makkah .
Baginda mula berdakwah kepada saudaranya dahulu secara sembunyi dan kemudian secara terbuka . Sambutan dari dakwah baginda menarik pengikut dan penentang yang lain . Semasa tempoh ini , Nabi Muhammad s.a.w. telah dilindungi oleh bapa saudaranya Abu Talib . Apabila beliau meninggal pada 619 , kepimpinan dari Banu Hashim telah diturunkan kepada salah satu musuh Nabi Muhammad s.a.w. , ' Amr ibn Hishām , yang menarik balik perlindungan dan meningkatkan lagi penindasan terhadap komuniti Muslim .
Pada 622 , dengan tindakan keganasan terbuka yang dilakukan terhadap Muslim dari beberapa suku anggota Quraisy , Nabi Muhammad s.a.w. dan ramai dari pengikutnya berhijrah ke kota jiran iaitu Madinah . Nabi Penghijrahan ini menandakan permulaan pemerintahan Muhammad s.a.w. sebagai ketua politik dan juga ketua keagamaan .
Berarak ke Badar
Pada musim bunga 624 M , Nabi Muhammad s.a.w menerima khabar bahawa kafilah dagangan yang diketuai Abu Sufyan dan dikawal oleh 30-40 orang , telah bertolak dari Syria kembali ke Makkah . Kafilah tersebut didana dengan duit yang ditinggalkan kaum Muslimin ketika berhijrah ke Madinah . Pihak Quraisy menjual semua barangan mereka dan menggunakan duit tersebut untuk menaja kafilah tersebut untuk mempermain mainkan pihak Muslimin .
Nabi Muhammad s.a.w mengumpulkan kekuatan seramai 313 orang ( 82 Muhajirin dan 231 ansar ) , kumpulan tentera yang paling ramai yang pernah pihak Muslimin kumpulkan ketika itu . Nabi Muhammad s.a.w sendiri mengetuai tenteranya dan membawa sebanyak mungkin panglima utama , termasuklah Hamzah dan bakal Khalifah , Abu Bakar , Umar dan Ali . Mereka juga membawa beberapa ekor unta dan tiga ekor kuda , yang bermakna mereka berjalan atau memuatkan tiga hingga empat orang setiap unta .
Walau bagaimanapun , kebanyakan sumber Muslim , termasuk Qur'an , menunjukkan bahawa diagak yang pertarungan kali ini tidak serius , dan Uthman tinggal untuk menjaga isterinya yang sakit . Apabila kafilah menghampiri mula Madinah , Abu Sufyan mendengar dari pengembara dan musafir tentang rancangan penyerangan Nabi Muhammad s.a.w. Dia menghantar seorang utusan bernama Damdam bin Amru al Ghafari ke Makkah untuk memberi amaran kepada puak Quraisy dan mendapatkan bantuan .
Setelah mengetahuinya , pihak Quraisy mengumpulkan tentera seramai 900-1000 orang untuk menyelamatkan kafilah tersebut . Kebanyakan bangsawan Quraisy , termasuklah Amr ibn Hishām , Walid ibn Utba , Shaiba , dan Umaiyyah bin Khalaf , menyertai tentera tersebut . Sebabnya sesetengahnya bahagian harta mereka , ada pula yang ingin membalas dendam untuk Ibn al - Hadrami , pengawal yang terbunuh di Nakhlah , akhirnya , beberapa yang lain menyertai kerana menyangka mereka akan menang mudah menentang tentera Muslim .
Hari pertarungan
Pada tengah malam 17 Mac , tentera Quraisy siap berkemas dan mula bertolak ke lembah Badar . Setelah hujan pada hari sebelumnya , mereka terpaksa bekerja lebih untuk mengalihkan kuda dan unta mereka bukit ' Aqanqal ( sumber ke mengatakan matahari telah terbit apabila mereka tiba di puncak bukit ) .
Selepas mereka turun dari ' Aqanqal , Makkah tentera mendirikan perkhemahan di lembah . Ketika mereka berehat , mereka menghantar pengintip , Umayr ibn . Wahb untuk melihat barisan tentera Muslim . Umayr melaporkan yang tentera Muhammad adalah kecil bilangannya , dan tiada Muslim lain yang akan menyertai peperangan itu . tiada pasukan
Korban dan tawanan perang
Imam al - Bukhari menyenaraikan kerugian Quraisy seramai 70 terbunuh dan 70 orang menjadi tawanan . Jumlah ini merupakan 15 % -16 % kekuatan tentera Quraisy . Sayidina Ali sahaja menewaskan 18 orang yang maut . Korban Muslim sering kali dinyatakn sebagai 14 orang syahid , lebih kurang 4 % kekuatan mereka . Sumber sumber tidak menyatakan jumlah yang tercedera kedua belah pihak .
Nabi Muhammad s.a.w. akhirnya memilih pandangan Abu Bakar dan kebanyakan tawanan dibiarkan hidup dengan harapan mereka memeluk Islam ( malah , ada yang melakukan sedemikian ) . Sejurus baginda Badr , Nabi juga meninggalkan memerintahkan agar lebih 20 orang Quraisy yang terbunuh ditanam di dalam telaga di Badr . sebelum Beberapa hadis merujuk kepada perbuatan ini yang dikatakan mendatangkan kemarahan orang Quraisy Makkah .
Tidak lama kemudian , beberapa orang Muslim yang ditawan sekutu Quraisy di bawa ke Makkah dan dibunuh sebagai balas dendam terhadap kekalahan . Mengikut lunas - lunas kesumat berdarah tradisi Arab , mana - mana orang Makkah yang kehilangan ahli keluarga mereka di Badar seharusnya . membalas dendam terhadap anggota puak yang membunuh saudara mereka .
Di pihak Muslim , juga terdapat keinginan membalas dendam di atas kezaliman yang dilakukan terhadap mereka selama bertahun - tahun . Namun , selepas pertempuran , tawanan perang ditumpangkan dengan keluarga orang Islam dan diberi layanan baik .
Post a Comment